Saturday, October 29, 2011

KEISTIMEWAAN 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH


Di antara keistimewaan 10 pertama bulan Zul Hijjah ialah:

1. Zul Hijjah adalah salah satu dari empat bulan Haram. Dalam kelendar Islam, 4 bulan haram adalah Zul Qaedah, Zul Hijjah, Muharram, dan Rejab dan keempat2 bulan ini mempunyai kelebihan dari bulan2 lain.

2. Barang siapan yang melakukan amalan saleh pada 10 pertama bulan ini digandakan ganjarannya oleh Allah SWT.

3. 10 pertama bulan Zul Hijjah berada pada bulan Haji dan juga bulan Haram yang disebutkan di atas dan dengan itu ia mempunyai kelebihannya tersendiri.

4. Pada 10 pertama bulan ini akan berlakunya Wukuf di Arafah, Hari Raya Haji, dan diikuti selepasnya Hari Tasyriq (11-13 Zul Hijjah)

5. Semulia-mulia hari dalam setahun adalah Hari Arafah iaitu hari ke 9 Zil Hijjah sebagaimana semulia-mulia malam dalam setahun ialah malam Qadar (Lailatul Qadar) pada bulan Ramadhan.

6. Hadith Nabi SAW yang bermaksud: "Ketahilah bagi Tuhanmu dalam kehidupanmu ada waktu-waktu Ia memberikan kelebihan (BONUS) kepada kamu (iaitu pada 10 pertama Zul Hijjah), maka bersegeralah kamu mendapatkannya.

7. Bulan Ramadhan dianggap satu musim yang istimewa, 10 pertama dari bulan zil hijjah juga adalah satu musim yang istimewa, bulan-bulan haram (yang didalamnya 10 zil hijjah) juga adalah musim yang istimewa.

8. Di antara amalan soleh yang dituntut kita melakukannya ialah Hadith Nabi SAW: Perbanyakkanlah pada 10 hari ini Tasbih (subhanallah), tahmid (alhamdulillah), tahlil (La ilaha illallah), dan takbir (Allahu akbar)

9. Apakah amalan para sahabat pada 10 pertama zil hijjah? Mereka mengingati Allah, berzikir, bertakbir bilamana mereka bertemu antara satu sama lain di tempat-tempat awam hingga bergema takbir mereka di pasar-pasar atau kedai2 dsbnya.

10. Amalan sadaqah pada 10 zil hijjah amat besar ganjarannya dimana Allah menggandakan pahala mereka yang bersedekah

11. Disunatkan berpuasa selama 9 hari mulai 1 Zul Hijjah hingga 9 Zil Hijjah. Sehari puasa diganjarkan Allah pahala spt puasa sebulan, sementara puasa pada hari kesembilan (iaitu ketika jemaah haji berkumpul di Arafah) bagi mereka yang tidak mengerjakan haji diampunkan Allah dosa tahun sebelumnya dan tahun selepasnya (maksud Hadith).

12. Di antara amalan yang amat digalakkan kita melakukannya juga ialah mengeratkan silaturrahim dan menziarahi antara satu sama lain. Ganjarannya amat besar disisi Allah selain dapat mengeratkan perhubungan sesama manusia.

Sunday, October 23, 2011

JOM BERQURBAN


Maksudnya Firman Allah: Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). (Surah al-Kautsar: 2)
Maksud Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu” Riwayat at- Tirmidz

HIKMAH PENSYARIATAN

a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.
b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.
c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

FADHILAT IBADAH KORBAN

a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."

Thursday, October 6, 2011

AKTIVITI MINGGU INI

YASIN DAN SILATURRAHIM
Tarikh: 27 Okt 2011 (Khamis)
Masa: Lepas Isyak

GOTONG ROYONG
Tarikh: 26 Okt 2011 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi

KELAS AL-QURAN
Tarikh: 28 Okt 2011 (Jumaat)
Masa: Lepas Maghrib

KULIAH SUBUH
Tarikh: 29 Okt 2011 (Sabtu)
Masa: Lepas Subuh
Tajuk: Ibadah Qurban


INFAQ/DERMA AKTIVITI

Pihak JKuasa Surau Ar Raudhah mengalu-alukan sumbangan derma untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti surau.

Derma tuan/puan boleh disalurkan kepada
Bendahari (Tn Hj Khalid bin Harith) / AJK surau
atau bank-in ke akaun berikut :

SURAU AR RAUDHAH
BANK MUAMALAT NO:1207 0005523 715

Wednesday, August 3, 2011

PERKARA YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA

KEPUTUSAN MAJLIS PERHIMPUNAN FIQH ISLAM DI DALAM PERSIDANGAN YANG KE-10

Keputusan nombor 99 . D16
23 – 28 Safar 1418H (bersamaan 28 Jun – 3 Julai 1998 M)

BERIKUT ADALAH PERKARA-PERKARA YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA:

1.Menitiskan ubat ke dalam mata, hidung, telinga serta mencuci telinga.
2.Meletakkan ubat di bawah lidah untuk rawatan sakit dada dan lain-lain selagi ianya tidak ditelan.
3.Memasukkan sesuatu alat ke dalam rahim untuktujuan rawatandan pemeriksaan.
4.Memasukkan alat ke dalam salur atau pundi kencing bagi tujuan rawatan seperti ureteroskop, radio-opaque.
5.Memasukkan alat ke dalam usus untuk tujuan pemeriksaan, rawatan dan ubatan seperti suppositories, radio opaque dan cecair pembersih usus.
6.Rawatan pergigian, mencabut, menampal atau membersihkan gigi dengan syarat tidak menelan apa-apa.
7.Berkumur atau menyembur ubat yang diletakkan pada mulut tanpa menelan apa-apa.
8.Suntikan ubat ke dalam darah (intravena) dan ke dalam kulit (subtaneous dan intra muscular)
9.Pengambilan oksigen.
10.Bius (general anaesthetic).
11.Ubat-ubatan yang meresap ke dalam badan melalui kulit contoh krim.
12.Memasukkan tiub (wayar / constract) untuk tujuan angiogram.
13.Memasukkan skop ke dalam badan untuk tujuan rawatan.
14.Biopsy hati dan lain-lain organ tanpa memasukkan cecair bersamanya.
15.Ujian endoskopi bagi tujuan diagnosis seperti gastroscope dengan syarat tidak memasukkan apa-apa cecair atau bahan ke dalam perut.
16.Memasukkan peralatan atau pemberian suntikan ke dalam saraf tunjang.
17.Muntah yang tidak sengaja.

Monday, July 18, 2011

KEUTAMAAN & KELEBIHAN MEMBACA AL QUR`AN


Dari Abu Musa Al-Asy`arit berkata, Rasulullah bersabda: "Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al Qur`an bagaikan buah limau baunya harum dan rasanya lezat. Dan perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al Qur`an bagaikan kurma, rasanya lezat dan tidak berbau. Dan perumpamaan orang munafik yang membaca Al Qur`an bagaikan buah raihanah yang baunya harum dan rasanya pahit, dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al Qur`an bagaikan buah hanzholah tidak berbau dan rasanya pahit." Muttafaqun `Alaihi.Beberapa kelebihan membaca Al Qur`an sebagai berikut :

1. Manusia yang terbaik
Dari `Utsman bin `Affan, dari Nabi bersabda : "Sebaik-baik kalian yaitu orang yang mempelajari Al Qur`an dan mengajarkannya." H.R. Bukhari.

2. Dikumpulkan bersama para Malaikat.
Dari `Aisyah Radhiyallahu `Anha berkata, Rasulullah bersabda : "Orang yang membaca Al Qur`an dan ia mahir dalam membacanya maka ia akan dikumpulkan bersama para Malaikat yang mulia lagi berbakti. Sedangkan orang yang membaca Al Qur`an dan ia masih terbata-bata dan merasa berat (belum fasih) dalam membacanya, maka ia akan mendapat dua ganjaran." Muttafaqun `Alaihi.

3. Sebagai syafa`at di Hari Kiamat.
Dari Abu Umamah Al Bahili t berkata, saya telah mendengar Rasulullah bersabda : "Bacalah Al Qur`an !, maka sesungguhnya ia akan datang pada Hari Kiamat sebagai syafaat bagi ahlinya (yaitu orang yang membaca, mempelajari dan mengamalkannya)." H.R. Muslim.

4. Ladang pahala.
Dari Abdullah bin Mas`ud t berkata, Rasulullah e : "Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Kitabullah (Al Qur`an) maka baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan akan dilipat gandakan dengan sepuluh kali lipat. Saya tidak mengatakan "Alif lam mim" itu satu huruf, tetapi "Alif" itu satu huruf, "Lam" itu satu huruf dan "Mim" itu satu huruf." H.R. At Tirmidzi dan berkata : "Hadits hasan shahih".

5. Kedua orang tuanya mendapatkan mahkota surga
Dari Muadz bin Anas , bahawa Rasulullah bersabda : "Barangsiapa yang membaca Al Qur`an dan mengamalkan apa yang terdapat di dalamnya, Allah akan mengenakan mahkota kepada kedua orangtuanya pada Hari Kiamat kelak. (Dimana) cahayanya lebih terang dari pada cahaya matahari di dunia. Maka kamu tidak akan menduga bahwa ganjaran itu disebabkan dengan amalan yang seperti ini. " H.R. Abu Daud.

AKTIVITI MINGGU INI

YASIN dan DOA KESYUKURAN
Tarikh: 28 Julai 2011 (Khamis)
Masa: Lepas Isyak
Tempat: Surau ArRaudhah
Hajat: YH Dato Ahamad Sabki

KELAS AL-QURAN
Tarikh: 29 Julai 2011 (Jumaat)
Masa: Lepas Maghrib
Pembimbing: Us Don Daniel (KUIS)

GOTONG ROYONG SURAU AR-RAUDHAH
Tarikh: 30 Julai 2011 (Sabtu))
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Surau Ar-Raudhah

DERMA WAKAL AL-QURAN
Dialu-alukan Ybg Dato/Tuan/Puan untuk menderma wakaf al-Quran untuk Kelas al-Quran dan Tadarus. Satu Naskah RM 30.00. Derma Ybg Dato/Tuan/Puan boleh disalurkan kepada Hj Khalid (Bendahari Surau) @ Us Md Noor sebelum 29 Julai 2011 (Jumaat). TQ.

INFAQ/DERMA AKTIVITI SURAU

Pihak JKuasa Surau Ar Raudhah mengalu-alukan sumbangan derma untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti surau. Sumbangan sekurangnya kurangnya RM 30.00 sebulan amat dihargai.

Derma tuan/puan boleh disalurkan kepada
Bendahari (Tn Hj Khalid bin Harith) / AJK surau
atau bank-in ke akaun berikut :

SURAU AR RAUDHAH
BANK MUAMALAT NO:1207 0005523 715

Saturday, July 9, 2011

KELEBIHAN SYAABAN


Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.

Barangsiapa yang berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Sya’aban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada hura-hara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya.

Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Sya’aban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah).
Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.

Sabda Nabi s.a.w.: Sya’aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani).

Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa puasa Syabaan kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Sya’aban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya, antara lain sabdanya lagi: Bahawa Allah Ta’ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat.

Sabda Rasulullah s.a.w.: Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban. Pengertian Sya’aban: Kemuliaan, Ketinggian, Kebajikan, Jinak, Cahaya.

Sabda Nabi s.a.w.: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Qur’an atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia’ (Nabi-nabi). Kelebihan Ramadan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.

Bulan Sya’aban, keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Sya’aban telah datang Jibril kepada Rasulullah s.a.w lalu katanya: Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang Allah beri padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang menyengutukan (syirik) denganNya dengan sesuatu, kecuali: tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak, derhaka terhadap ibubapa.