Tuesday, April 19, 2011

TIPS RANGSANG OTAK ANAK.(TEKNIK JEPUN SHICHIDA)


Teknik shichida diamalkan oleh masyarakat jepun untuk melatih anak-anak berfikir menggunakan otak sebelah kanan.Otak sebelah kanan sebenarnya lebih efektif jika dibandingkan sebelah kiri,tetapi perlu dilatih dan kerap merangsangkannya.Sebelum melakukan teknik ini ,tarik nafas sedalam-dalamnya dan relaks.

1) Sewaktu anak dalam keadaan tidur-tidur ayam,bisikan di telinganya dengan jujur kata-kata positif seperti kita sayang padanya,anak yang soleh,kuat,rajin pergi sekolah dan bijak.Ini
kerana ketika itu,otak kanak sedang berfungsi manakala otak kiri pula sedang tidur. Bagaimanapun anda perlu lakukannya dengan seikhlas hati,elakkan ketika sedang marah.Selepas anak mula pejamkan mata,ramas-ramaslah jari atau tangannya supaya dia kembali dalam keadaaan tidur-tidur ayam.Islam juga menggalakan ibubapa bercakap atau berdoa dengan anak ketika mereka sedang dalam proses hendak tidur,sebabnya pada ketika itulah antara waktu-waktu doa dimakbulkan.

2) Gunakan kad imbasan untuk mengajar anak.Contohnya ABC atau 123 dalam tempoh seminggu dan lihat kesannya.Pasti dia dapat menghafal huruf-huruf yang ditunjukkan.Tunjukkan kad itu satu-persatu dengan cepat.Ini kerana apabila kad itu bergerak laju,otak kanan bekerja keras untuk menangkap apa yang ditunjukkan.

3) Galakkan anak melakukan kraftangan .Ia adalah hasil daripada kerahan otak kanan,oleh itu ajaklah anak anda bermain tanah liat,mewarna,melukis,gunting kertas ,origami dan sebagainya.Memanglah selepas itu terpaksa mengemas,tetapi banyak manfaatnya.

4) Satu lagi aktiviti menarik ialah melukis gambar,contohnya rama-rama.Anda hanya perlu melukis sebahgian sahaja dan suruh anak anda menyudahkannya.Ini dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.

5) Usah marah-marah atau tengking anak dengan nada yang kuat,sebabnya mereka akan simpan semuanya dalam otak kiri.Andainya anda termarah anak anda, pujuklah dengan langkah pertama tadi.Jangan malu ucapkan perkataan maaf kepada anak anda.

6) Kembangkan imaginasi anak anda dengan sesi bercerita.Anda mulakan dengan sebuah kisah dan minta anak sambungkan cerita itu mengikut daya imaginasinya.

7) Bermain teka-teki bersama anak. Letakkan satu barang dalam kotak tisu dan suruh anak anda meneka apakah benda itu.Mulakan dengan memberi klu seperti warna atau bunyi. Ini adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan.Bagaimanapun lakukannya sekitar setengah jam sehari,tak perlu terlalu lama.

8) Jika boleh elakkan menggunakan perekataan jangan? kepada anak-anak.Jikalau terlalu kerap menggunakan perkataan itu,itulah yang anak lakukan..Gantikan dengan perkataan lain seperti, tolong?atau marilah kita sama-sama?

Monday, April 11, 2011

KHUSYUK SOLAT


1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.
2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.
3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.
4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori’ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.
5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.
6. Rasa Malu (Haya’) perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.
7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita
8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.
9. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.
10. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.
11. Mendirikan sembahyang secara berjemaah.
12. Mengambil wuduk dengan sempurna.
13. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.
14. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
15. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.

Sumber: Dakwah2U