Saturday, October 29, 2011

KEISTIMEWAAN 10 HARI PERTAMA ZULHIJJAH


Di antara keistimewaan 10 pertama bulan Zul Hijjah ialah:

1. Zul Hijjah adalah salah satu dari empat bulan Haram. Dalam kelendar Islam, 4 bulan haram adalah Zul Qaedah, Zul Hijjah, Muharram, dan Rejab dan keempat2 bulan ini mempunyai kelebihan dari bulan2 lain.

2. Barang siapan yang melakukan amalan saleh pada 10 pertama bulan ini digandakan ganjarannya oleh Allah SWT.

3. 10 pertama bulan Zul Hijjah berada pada bulan Haji dan juga bulan Haram yang disebutkan di atas dan dengan itu ia mempunyai kelebihannya tersendiri.

4. Pada 10 pertama bulan ini akan berlakunya Wukuf di Arafah, Hari Raya Haji, dan diikuti selepasnya Hari Tasyriq (11-13 Zul Hijjah)

5. Semulia-mulia hari dalam setahun adalah Hari Arafah iaitu hari ke 9 Zil Hijjah sebagaimana semulia-mulia malam dalam setahun ialah malam Qadar (Lailatul Qadar) pada bulan Ramadhan.

6. Hadith Nabi SAW yang bermaksud: "Ketahilah bagi Tuhanmu dalam kehidupanmu ada waktu-waktu Ia memberikan kelebihan (BONUS) kepada kamu (iaitu pada 10 pertama Zul Hijjah), maka bersegeralah kamu mendapatkannya.

7. Bulan Ramadhan dianggap satu musim yang istimewa, 10 pertama dari bulan zil hijjah juga adalah satu musim yang istimewa, bulan-bulan haram (yang didalamnya 10 zil hijjah) juga adalah musim yang istimewa.

8. Di antara amalan soleh yang dituntut kita melakukannya ialah Hadith Nabi SAW: Perbanyakkanlah pada 10 hari ini Tasbih (subhanallah), tahmid (alhamdulillah), tahlil (La ilaha illallah), dan takbir (Allahu akbar)

9. Apakah amalan para sahabat pada 10 pertama zil hijjah? Mereka mengingati Allah, berzikir, bertakbir bilamana mereka bertemu antara satu sama lain di tempat-tempat awam hingga bergema takbir mereka di pasar-pasar atau kedai2 dsbnya.

10. Amalan sadaqah pada 10 zil hijjah amat besar ganjarannya dimana Allah menggandakan pahala mereka yang bersedekah

11. Disunatkan berpuasa selama 9 hari mulai 1 Zul Hijjah hingga 9 Zil Hijjah. Sehari puasa diganjarkan Allah pahala spt puasa sebulan, sementara puasa pada hari kesembilan (iaitu ketika jemaah haji berkumpul di Arafah) bagi mereka yang tidak mengerjakan haji diampunkan Allah dosa tahun sebelumnya dan tahun selepasnya (maksud Hadith).

12. Di antara amalan yang amat digalakkan kita melakukannya juga ialah mengeratkan silaturrahim dan menziarahi antara satu sama lain. Ganjarannya amat besar disisi Allah selain dapat mengeratkan perhubungan sesama manusia.

Sunday, October 23, 2011

JOM BERQURBAN


Maksudnya Firman Allah: Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). (Surah al-Kautsar: 2)
Maksud Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu” Riwayat at- Tirmidz

HIKMAH PENSYARIATAN

a) Memperingati peristiwa ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyahut perintah Allah Ta'ala untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail a.s.
b) Melahirkan tanda bersyukur kepada Allah terhadap nikmat-nikmatnya yang melimpah-ruah.
c) Menanamkan perasaan kasih-sayang antara si kaya dengan si miskin.

FADHILAT IBADAH KORBAN

a) Menambah amal kebajikan- Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan".(Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
b) Sebagai penebus dosa- Sabda Rasulullah s.a.w kepada Sayyidatina Fatimah:
Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu".(al-Bazzar dan Ibnu Hibban)
c) Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah- Sabda Rasulullah s.a.w:
Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla."

Thursday, October 6, 2011

AKTIVITI MINGGU INI

YASIN DAN SILATURRAHIM
Tarikh: 27 Okt 2011 (Khamis)
Masa: Lepas Isyak

GOTONG ROYONG
Tarikh: 26 Okt 2011 (Rabu)
Masa: 8.00 pagi

KELAS AL-QURAN
Tarikh: 28 Okt 2011 (Jumaat)
Masa: Lepas Maghrib

KULIAH SUBUH
Tarikh: 29 Okt 2011 (Sabtu)
Masa: Lepas Subuh
Tajuk: Ibadah Qurban


INFAQ/DERMA AKTIVITI

Pihak JKuasa Surau Ar Raudhah mengalu-alukan sumbangan derma untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti surau.

Derma tuan/puan boleh disalurkan kepada
Bendahari (Tn Hj Khalid bin Harith) / AJK surau
atau bank-in ke akaun berikut :

SURAU AR RAUDHAH
BANK MUAMALAT NO:1207 0005523 715