Monday, January 26, 2009

KATA ALUAN PENGERUSI SURAU


Assalamualaikum wr. wh
Kepada semua pengunjung laman web ini khususnya ahli kariah Taman Bangi Villa dan Taman Bangi Ria. Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Semesta Alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Rasul Junjungan.
Kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan terbinanya laman web ini sebagai laman meningkatkan silaturrahim antara ahli-ahli kariah, mengetahui perkembangan surau, aktiviti dan maklumat terkini, gambar-gambar aktiviti di samping maklumat yang lain yang bermanfaat.
Laman ini juga sebagai satu informasi berkaitan perkembangan surau yang sedang dalam perancangan pembinaan. Saya amat berbesar hati agar para pengunjung dapat bersama memberikan amal jariah dengan memberi sumbangan untuk pembinaan dan aktiviti surau. Semoga Allah memberikan balasan kebaikan kepada tuan/puan.
Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai ; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya" (Al Baqarah Ayat 261)
Sekian, wassalam.
Ustaz Dato’ Hj Md Daud bin Che’ Ngah
Pengerusi Surau Ar Raudhah.

AHLI JAWATANKUASA SURAU

PENAUNG:
Y.H. DATO’ AHAMAD SABKI MAHMOOD

PENASIHAT:
- EN MOHD ALI HJ SEBRAN
(PENGERUSI PERSATUAN PENDUDUK BANGI VILLA)
- PROF DR ABDUL RAZAK DAUD
(PENGERUSI PERSATUAN PENDUDUK BANGI RIA)

PENGERUSI:
YG BHG USTAZ DATO’ HJ MD DAUD BIN CHE’ NGAH

AHLI JAWATANKUASA (JAWATANKUASA PEMBINAAN):

a.TIMBALAN PENGERUSI : HJ HASNI HASHIM (PENGURUS PROJEK I)
b.SETIAUSAHA : HJH NAZERAH BINTI MUSTAFA
c.BENDAHARI 1 : HJ ABDUL HALIM BIN ISHAK
d.BENDAHARI II : HJ KHALID BIN HARITH

e.AHLI JAWATANKUASA :
i.EN AB AZIZ BIN LUMAT (PENGURUS PROJEK II)
ii.EN ABDUL RASIB BIN MD ALI (PENGURUS PROJEK III)
iii.EN HARON BIN HJ ABAS
iv.HJ MOHD JAFRI BIN HJ KUDUS
v.CIKGU JALALUDIN BIN HAMZAH
vi.PN NURAKMAL GOH ABDULLAH
vii.MEJAR (B) ARIFIN BIN BAKAR
viii.HJ GHAZALI BIN ABDULLAH

AHLI JAWATANKUASA (JAWATANKUASA PENGURUSAN DAN AKTIVITI):

a.TIMBALAN PENGERUSI : HJ MD NOOR HJ SAPER
b.SETIAUSAHA : USTAZ ADIB BIN RAMLI
c.BENDAHARI: HJ MOHD NOR HJ IDRIS
d.WAKIL PEMUDA: EN MOKHSIN BIN TUMIN
e.WAKIL WANITA : HJH ZANATON HJ IKSAN

f.AHLI JAWATANKUASA :
i.HJ ABDUL JALIL BIN ABD RAHMAN
ii.HJ ZULKIFLI BIN HJ AMRAN
iii.EN ABDUL RAHIM BIN OMAR
iv.PROF DR ABDUL RASHID BIN ABD RAHMAN
v.EN RAMLAN BIN MOHD NASIR
vi.EN AHMAD IKBAL BIN TARMIJI
vii.EN LUKMAN BIN OMAR

g.PEMERIKSA KIRA-KIRA:
i.EN AHMAD NASOHA BIN HUSSAIN
ii.HJ GHAZALI BIN ABDULLAH

IMAM :
1. HJ MOHD NOR BIN HJ IDRIS
2. USTAZ ADIB BIN RAMLI
3. HJ MD NOOR BIN HJ SAPER

BILAL
1. HJ ZULKIFLI HJ AMRAN
2. EN AHMAD IKBAL TARMIJI
3. EN RAMLAN MOHD NASIR

DERMA PEMBINAAN SURAU








"Apabila mati seorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakannya." (Hadis riwayat Muslim)

Bersama kita menderma sebagai amal jariah.

a. DERMA PEMBINAAN SURAU AR-RAUDHAH
TABUNGWANG PEMBINAAN BANGUNAN SURAU
AKAUN CIMB ISLAMIC NO : 1215–0000404 –10 – 0

b. DERMA AKTIVITI SURAU
SURAU AR RAUDHAH
BANK MUAMALAT NO: 1207 0005523 715

PERKEMBANGAN PEMBINAAN SURAU


09.07.09 bersamaan 14 Rejab 1430H bermula pembinaan surau baru
cadangan pelan surau baru


surau lama dalam pembinaan

JADUAL PROGRAM

JADUAL PROGRAM BULANAN

Ming 1 - Tazkeerah Wanita ## Sabtu 3.00 ptg
Ming 2 - Kuliah Hadis ##Ahad lps Maghrib
Ming 3 - Kuliah Subuh ##Sabtu lps Subuh
Ming 3 - Peng alQuran Wanita ##Sabtu 3.00 ptg
Ming 4 - Kuliah Tauhid ##Ahad lps Maghrib

# Usrah wanita setiap minggu hari jumaat lepas Isyak
# Tadarus al-Quran Dewasa setiap hari lepas Solat Maghrib bersama Tuan Imam.

AKTIVITI

Salam...

SEMINAR KELUARGA BAHAGIA

Pihak JK Surau untuk mengadakan Seminar Keluarga Bahagia anjuran surau dalam jangka masa terdekat. Bertujuan utk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan di samping menambah dana aktiviti. Sesiapa yang berminat menjadi urusetia boleh hubungi saya (Hj Md Noor hJ Saper) atau Pn Nazeroh (AJK Muslimat)..

GALERI

SURAU SEMENTARA DALAM PEMBINAAN (12 JUN 07)



MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHNIK PADA 29 JANUARI 2009































































TAZKEERAH


URUS STRES ANDA - posted 8 feb 09


Para ulama menggariskan lima panduan bagi menghilangkan tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang muslim itu dengan cara-cara yang Islamik.


1. Membaca al-Quran disertakan dengan pemahaman maknanya.
Al-Qur'an adalah bacaan yang paling sesuai dalam segala suasana. Pada saat gembira, peringatan-peringatan yang ada dalam al-Qur'an mampu menjadi pengingat agar kita tidak lupa diri dengan kegembiraan tersebut. Manakala pada saat sedih, dengan membaca al-Qur'an terasa sekali dalam lubuk hati kita sentuhan kesejukan dari firman-firman Allah subhanahu wa taala.
Apabila gagal mencapai sesuatu yang diinginkan, maka pesanan-pesanan dalam Al-Qur'an akan mampu menawarkan kesedihan yang ada dalam hati kita. Dengan membaca Al-Qur'an, semangat yang hampir pudar kerana kegagalan tersebut akan beransur pulih kembali.
Firman Allah dalam surah al-Isra', ayat 82 (maksudnya): ``Dan Kami turunkan dari Al-Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.''

2. Berzikir mengingati Allah.
Firman Allah subhanahu wa taala (maksudnya): ``Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang,'' petikan ayat 28, surah ar-Ra'd.
Hanya dengan berzikir dan mengingati Allah akan menimbulkan rasa tawakal dan perasaan menyerah diri kepada Allah subhanahu wa taala.
Sekiranya apa yang kita telah peroleh itu luput atau hilang, maka dengan mengingati Allah subhanahu wa taala kita akan sedar bahawa kewujudannya mungkin adanya hanya akan memudaratkan kita. Dengan itu, yang timbul bukannya rasa kecewa atau sesal, tapi rasa syukur dan berterima kasih kepada Allah subhanahu wa taala. Bukankah Allah yang paling mengetahui tentang keadaan dan kemampuan kita?


3. Berpuasa.
Antara hikmah puasa, di samping menunaikan tanggungjawab sosial terhadap sesama manusia, adalah untuk kesihatan. Dari segi rohani, puasa ternyata mempunyai kesan yang amat baik. Puasa secara tidak langsung melatih seseorang itu mengendali dan mengawal tuntutan hawa nafsu yang cenderung untuk melakukan perbuatan yang sesat.
Dalam aspek lain, dengan berpuasa seseorang akan berasa lebih dekat dengan Allah subhanahu wa taala, sehingga berasa lebih aman dan tenteram.


4. Solat malam.
Sembahyang sunat tahajud meskipun tidak wajib, namun umat Islam sangat digalak untuk melakukannya. Banyak ayat suci Al-Qur'an yang menunjukkan betapa penghargaan Allah terhadap hamba-hamba yang datang menemui-Nya, pada saat hamba-hamba yang lain sedang lena tidur.
Allah subhanahu wa taala menjanjikan kepada orang-orang yang bersegera menuju keredaan-Nya suatu darjat yang tinggi.
Firmannya dalam surah al-Isra', ayat 79 (maksudnya): ``Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.''


5. Menziarahi saudara sesama muslim. Menghubungkan silaturahim dan merapatkan hubungan antara satu sama lain di kalangan masyarakat Islam mempunyai banyak hikmahnya.
Melalui silaturahim, ukhuwah atau tali persaudaraan yang mungkin retak menanti belah akan kembali utuh.
Dengan silaturahim, pelbagai persoalan yang penuh di kepala, dengan izin Allah, dapat dicari penyelesaiannya.
Dengan silaturahim, kita dapat saling berkongsi suka dan duka, berkongsi kesedihan, meluahkan perasaan sehingga beban berat yang dipikul terasa lebih ringan.
Di samping itu, berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran hanya akan terlaksana apabila tali ukhuwah kukuh terjalin.




KELEBIHAN SOLAT JEMAAH

Diriwayatkan daripada Hazrat ‘Abdullah bin ‘Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesungguhnya solat berjemaah dua puluh tujuh ( 27 ) kali ganda lebih afdhal daripada solat bersendirian.” ( H.R Imam Malik, Bukhari dan Muslim ).


Hazrat Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Seorang yang bersolat secara berjemaah akan digandakan sebanyak dua puluh lima kali pahala lebih daripada orang yang bersolat bersendirian di rumah atau di kedai. Ini adalah kerana apabila seseorang itu mengambil wuduk dengan sempurna lalu berjalan menuju ke masjid semata-mata untuk bersolat maka setiap langkah yang dilangkahinya akan ditingkatkan satu darjat dan digugurkan satu dosa.


FADILAT BERSEDEKAH - posted 3 feb 09
Ulama berkata: sedekah itu 10 kepujian, lima di dunia dan lima di Akhirat.

5 di dunia:
a. membersihkan hartanya
b. membersihkan badannya
c. menolak bala dan penyakit
d. menggembirakan org miskin, menggembirakan org mukmin dan sebaik-baik amalan
e. berkat hartanya dan diluaskan Allah rezkinya.

5 di Akhirat:
a. dinaungi pada hari kiamat ketika sangat panas
b. ringan hisabnya
c. berat timbangan amal di Akhirat
d. mudah melalui titian sirat
e. bertambah darjatnya di syurga











LOKASI

Surau Ar Raudhah
Taman Bangi Villa
43000 Kajang Selangor