Monday, January 26, 2009

KATA ALUAN PENGERUSI SURAU


Assalamualaikum wr. wh
Kepada semua pengunjung laman web ini khususnya ahli kariah Taman Bangi Villa dan Taman Bangi Ria. Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Semesta Alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Rasul Junjungan.
Kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan terbinanya laman web ini sebagai laman meningkatkan silaturrahim antara ahli-ahli kariah, mengetahui perkembangan surau, aktiviti dan maklumat terkini, gambar-gambar aktiviti di samping maklumat yang lain yang bermanfaat.
Laman ini juga sebagai satu informasi berkaitan perkembangan surau yang sedang dalam perancangan pembinaan. Saya amat berbesar hati agar para pengunjung dapat bersama memberikan amal jariah dengan memberi sumbangan untuk pembinaan dan aktiviti surau. Semoga Allah memberikan balasan kebaikan kepada tuan/puan.
Firman Allah Ta'ala yang bermaksud:
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai ; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya" (Al Baqarah Ayat 261)
Sekian, wassalam.
Ustaz Dato’ Hj Md Daud bin Che’ Ngah
Pengerusi Surau Ar Raudhah.

No comments:

Post a Comment